IPOH: Kerajaan negeri Perak kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan proses pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua-ketua kampung baharu yang akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua pemegang jawatan ahli majlis PBT dan ketua kampung sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2022.
"Kita telah keluarkan pekeliling sebelum ini dan proses untuk mengisi lantikan baharu yang akan diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching akan diumumkan kelak, kita mahu selesaikan segera.
"Lantikan ini merupakan jawatan daripada parti yang memerintah jadi sudah semestinya memerlukan perbincangan bersama untuk isi kekosongan, begitu juga lantikan ketua kampung yang masih menunggu format baharu yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), " katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Lahat Eco-City dekat sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) Mohamed Akmal Dahalan.
Sebelum ini Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata KKDW akan membentangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) pada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Katanya keanggotaan ahli JPKK dan JPKKP yang dibentuk perlu mengambil kira komposisi parti komponen Kerajaan Perpaduan sebagai menyokong prinsip sealiran dalam kerajaan kini.
Terdahulu Saarani dalam ucapannya berkata projek pembangunan perumahan meliputi tanah seluas 82.53 ekar itu diilhamkan dengan matlamat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Beliau berkata projek itu melibatkan 392 unit rumah pangsa kos rendah, 404 unit rumah pangsa kos sederhana dan 669 unit rumah teres setingkat kos sederhana.
Katanya fasa pertama membabitkan rumah teres kos sederhana dijangka siap pada suku keempat 2024 manakala fasa kedua bagi rumah pangsa kos rendah pula dijadualkan siap pada suku keempat 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua pemegang jawatan ahli majlis PBT dan ketua kampung sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2022. - Gambar fail/BERNAMA
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Jet pejuang F-16 RSAF terhempas, juruterbang diberi rawatan
Menurut kenyataan MINDEF, juruterbang terbabit bertindak mengikut prosedur kecemasan, dan berjaya keluar dari pesawat tersebut.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli sakit paru-paru dapatkan rawatan
Pesakit mengalami batuk dan selesema berlarutan selama dua hari diiringi ibunya Tini Alang, 34, menaiki pesawat jenis Mi-17-IV.
Mat Yo doa kesembuhan Faisal Halim, sifatkan pemain lincah
Bekas penyerang kebangsaan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Keadaan Faisal Halim semakin baik, tidak sabar kembali berlatih
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas menjalani pembedahan kedua pada Selasa malam.
[TERKINI] Insiden Safiq tiada kaitan kes Faisal, Akhyar - Polis
Polis percaya insiden serangan kereta permain JDT, Safiq Rahim tiada kaitan dengan dua insiden membabitkan pemain bola sepak sebelum ini iaitu Faisal Halim dan Akhyar Rashid.
Lelaki dipenjara 36 tahun, 40 sebatan rogol anak saudara bawah umur
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 40 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 14 tahun
Adrain Jerome dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan SPRM
Adrain Jerome Karuna Devan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Hakim terkhilaf bebaskan Bung Moktar, Zizie Izette - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, hakim itu terkhilaf dalam menjalankan bidang kuasa semakan, selepas keputusan prima facie Mahkamah Sesyen yang memberikan penilaian maksimum di peringkat pendakwaan.
LTTE: CEO, Ahli Majlis PBT ditahan di Melaka di bawah SOSMA
CEO anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan seorang Ahli Majlis sebuah PBT ditahan hari ini mengikut Akta SOSMA